
RM 15.00
Sambal Penyet Raimanda Delights 200g Sambal Penyet Raimanda Delights dimasak secara homemade dalam skala kecil, di persekitaran yang bersih tanpa haiwan peliharaan. Insya-Allah, penyediaan makanan kami mengutamakan kebersihan, kehalalan dan kualiti rasa. Dihasilkan menggunakan cili segar, tomato, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan pilihan. Kesemua bahan dimasak dengan teliti bagi menghasilkan sambal yang pedas, beraroma dan mempunyai keseimbangan rasa yang menyelerakan. Sesuai dinikmati bersama ayam penyet, ayam goreng, ikan goreng, tempe, tauhu, ulam-ulaman atau sekadar nasi putih panas. Maklumat Produk: * Tiada bahan pengawet tambahan. * Mengandungi ikan bilis dan belacan. * Dimasak menggunakan bahan-bahan pilihan. * Selepas dibuka, simpan dalam peti sejuk. * Habiskan dalam tempoh 3 hari selepas dibuka. * Produk mudah rosak selepas dibuka kerana tidak mengandungi bahan pengawet tambahan. Berat bersih: 200g
